Sakit Kepala Tanda Orang Yang Beriman & Penghuni Syurga



📕Dari Abu Hurairah bahawa seorang badui masuk menemui Rasulullah ﷺ (dan baginda kagum pada kesihatan dan kekuatannya), maka Nabi ﷺ bertanya, "Pernahkah kamu terkena umu mildam?"

Dia menjawab, "Apa itu umu mildam?"

Nabi ï·º menjawab, "Panas antara kulit dan daging (demam)."

Dia menjawab, "Tidak pernah."

Nabi ï·º bertanya, "Pernahkah kamu sakit kepala?"

Dia bertanya, "Apa itu sakit kepala?"

Nabi ï·º menjawab, "Angin (gas) yang menyerang kepala dan menekan sistem saraf."

Dia menjawab, "Tidak pernah."

Maka setelah dia pergi, Nabi ï·º katakan, "Barang siapa yang ingin melihat penghuni neraka maka lihatlah orang ini." (HR Bukhari, Adabul Mufrod dan disahihkan al-Albani 381)

➡Ibnu Rajab berkata, "Maka sakit kepala tanda orang yang beriman dan tanda penghuni syurga." (Lathoif Maarif 105)

Comments

Popular Posts